Adakah Anda Berjaya Membangunkan Komuniti Di Tempat Anda??
LATAR BELAKANG KEDAI KOM BESOUT 3
Kedai.Kom telah ditubuhkan pada awal tahun 2004. Penubuhan ini bertujuan selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha menggalakkan rakyat malaysia supaya Celik IT dalam menghadapi suasana perkembangan Teknologi Maklumat (ICT). Dengan ini adalah menjadi harapan pihak syarikat supaya dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan ke tahap semaksima yang mungkin dengan tujuan penghasilan mutu kerja yang baik bersesuaian dengan motto " Agenda Memperkasa Alaf Teknologi Siber".Matlamatnya ialah untuk memenuhi keperluan komputer terutamanya di dalam sektor kerajaan, pembuatan, pendidikan, industri kecil dan sederhana serta sektor-sektor swasta terutama yang berada didalam kawasan perkampungan Felda Gunung Besout.Pihak syarikat juga berhasrat untuk membantu merealisasikan hasrat murni kerajaan supaya dapat menggunakan dan menyalurkan kemahiran, pengetahuan dan teknik menggunakan komputer dengan betul dan lebih berkesan dari segi perkakasan (hardware) dan perisian (software). Ini adalah satu hasrat murni kerajaan supaya orang yang tidak berkemampuan dan tinggal jauh dari bandar juga dapat menggunakan komputer dan Celik IT.Kedai.Kom, perniagaan utamanya adalah meliputi di dalam perundingan komputer, perlaksanaan sistem dan penyelesaian perisian dan perkakasan. Kami dapat membekalkan pelbagai jenis peralatan perkakasan komputer dan digunakan untuk sesuatu perlaksanaan projek dan memberi suatu penyelesaian kepada pelanggan.Kami percaya dan pihak kami akan pastikan membekalkan produk yang bermutu tinggi dan perkhidmatan yang efficient pada setiap masa adalah sumbangan yang kecil ke arah menambahkan perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC) dan secara langsung membantu Malaysia dalam meningkatkan pencapaian yang tertinggi didalam bidang perindustrian menjelang tahun 2020.
O B J E K T I F P E N U B U H A N >>Memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang bidang pengkomputeran yang semakin penting di abad ini dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari aplikasi-aplikasi terbaru komputer. >>Mendedahkan para pelajar kepada dunia maklumat tanpa batasan / sempadan ( internet ) dengan cara yang baik untuk digunakan kepada perkara-perkara yang berfaedah. >>Memberi kesempatan kepada para pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas dan kebolehan menggunakan komputer dan dapat membina kerjaya dalam bidang pengkomputeran dengan lebih efektif. >>Bagi mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri ke arah kecemerlangan dalam ko- kurikulum terutama yang berkaitan dengan sains komputer. >>Menanamkan semangat dan kesedaran positif terhadap perkembangan era teknologi maklumat yang pesat berkembang agar seiring dengan matlamat negara.>>Menjadikan para pelajar dan individu-individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam mengejar ilmu. >>Mendalami dan memberikan pendedahan mengenai pengetahuan komponen-komponen komputer iaitu perkakasan dan perisian
No comments:
Post a Comment